Web Home Tuition ini dibina ialah untuk membantu para ibu bapa mencari cikgu tuisyen untuk anak mereka. Selain itu, ia juga bertujuan membantu Cikgu Tuisyen mandapatkan kerjaya sebagai Cikgu Tuisyen.
Sebagai platform yang menghubungkan ibu bapa dengan cikgu tuisyen, web ini menggunakan konsep ‘win-win situation‘ di mana kami akan membantu:
1. Ibu bapa mendapatkan cikgu tuisyen dan
2. Cikgu tuisyen mendapatkan pelajar.
Ibu bapa juga tidak terikat dengan kami jika mahu menggunakan khidmat pihak lain bagi mendapatkan cikgu tuisyen untuk anak mereka.
********************************************************************
OBJEKTIF UTAMA
* Membantu para pelajar dalam akademik dan sahsiah.
Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? (Az-Zumar:9)
Kami BUKAN bertujuan menghalang ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen. Bukan juga untuk bersaing dengan mana-mana pusat tuisyen. Terdapat sesetengah pelajar yang mudah menerima pendidikan secara ‘one-to-one’ atau bimbingan secara individu.
Terpulang kepada tuan puan untuk memilih sama ada cikgu tuisyen datang ke rumah ataupun menghantar anak anda ke pusat tuisyen.






