March 21, 2011
Salam Sejahtera Salam Bahagia,
Keputusan SPM akan diketahui tidak lama lagi. Kepada pelajar yang telah menduduki peperiksaan ini pada tahun lepas mungkin ada yang tidak lena tidur dan bimbang keputusan yang bakal diperolehi kelak. Bagaimanapun tahniah dan syabas saya ingin ucapkan terlebih dahulu kepada semua pelajar yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang terbaik buat diri masing-masing.
Kemana hala tuju selepas ini?
Mungkin ada yang telah terbayang-bayang di mana mereka akan berada selepas ini. Tapi ramai juga yang buat endah tak endah keputusan SPM mereka. Apa yang berlaku..??
SPM atau nama penuhnya Sijil Pelajaran Malaysia merupakan ujian penentuan kelangsungan pembelajaran sama ada akan ke universiti, kolej, matrikulasi atau melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6. Bagi yang tiada semangat untuk meneruskan belajar, kerja adalah penyelesaiannya.
Anda pula bagaimana..?
Ramai daripada kita menyesal sejarah yang kita cipta semalam. Renung-renungkanlah..
November 12, 2010
Semalam (12 Nov) semua pelajar yg mengambil UPSR boleh menyemak keputusan di sekolah masing-masing. Seperti biasa ada ibu bapa akan datang bersama anak-anak mereka. Ada juga ibu bapa yang tidak datang bersama. Pelbagai reaksi pelajar tahun enam, ibu bapa dan guru-guru yang boleh dilihat. Dalam situasi ini siapakah yang paling berdebar-debar agaknya ya?
Jika tahun lepas, seorang anak didik tuisyenku daripada 1 berjaya memperoleh keputusan cemerlang 5A. Selebihnya di tahap lain. Pada mulanya seperti tiada perasaan beria-ia untuk mengetahui keputusan yang diperolehi. Kerana sepanjang tempoh mengajar, dia tidak menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Walaubagaimanapun dan walau apapun keputusannya, saya telah mengajar dia dan seharusnya saya peduli akan keputusannya.
Memang agak terkejut apabila menghubungi ibu anak didik tuisyen saya dan beliau dengan nada gembira menyatakan dia dapat 4A 1B dan B adalah Kertas Penulisan. Satu keputusan yang sukar dijangka oleh ibunya sendiri dan peningkatan yang amat baik walaupun hanya mendapat B Bahasa Melayu Penulisan. Tahniah!
July 27, 2010
Sabtu dan ahad lopeh baghu solosai kem kecemerlangan dan motivasi belajar untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM. Kem tersebut telah dibuek dokek Sungai Tekala. Uuuu aii..memang enjoy bebudak yg poie kem tu. Suasano yg sogar dgn kehijauan alam, air yg sojuk memang sesuai la untuk buek kem dokek situ. Dah slalu dok bandar dgn jem dan hiruk pikuk di bandar sesekali poie la tompek2 macam tu.
Sampai yo situ, nampak oghang mancing ikan. Pasal ado kolam ikan kek situ. Tetibo sakit poghut nk membuang pulak. Alaahai…baghu yo tibo dah nk poie tuilet.
Bebudak dah sampai dulu. Dioghang sume dah dapek bilik dan dah bekumpo dokek dewan. Dewan eh memang pasang ekon semulo jadi. Ado pulak kudo padi dokek kem tu. Bebudak suko la tengok kudo.

Lopeh mkn tongah hari semayang sumo, potang eh ado aktiviti di sungai dan bekayak. Jaket keslamatan dipakai untuk elak kejadian tak diingini. Kang lomeh tak pasal2 jadi kem arwah pulak. Ado yg takut2, ado yg nangih, ado yg tak nak naik tak pueh bekayak macam2 peel. Sebelum tu slot bersama pakar minda meta-fizik.

Malam ee pulak aktibiti bekompulan dan night walk. Ala-ala treasure hunt dan burung hantu. Memang ponek la bebudak nie..Esok nk bangun subuh laie.. =)

Lopeh subuh, senaman pagi memang poghut takleh tahan dek tegolak. Bukan nk buang air..Asyik tegolak yo la pasal senaman nie memang tak jumpo kek mano2. Buleh la bagi namo senaman poghut sesuai untuk membuang lomak2 yg ado kek poghut..Otot2 muko dan poghut tak honti2 menahan golak.Haha…

Kemudian brekfes nasi goreng sebelum berangkat masuk ke dalam hutan(jungle tracking). Mulo2 laie dan panjek bukit. Aduyai,lotih kaki ni ha nk mendaki..sampai ateh skit tetibo nampak lak umah org asli. Kek ateh bukit umah ee..Uuuaii…

Lebih kurang 1 jam meredah hutan sampai la dokek sungai. Rehat kojap bagi bebudak hilangkan ponek dgn mandi air sungai yg sojuk lagi jernih. Nak poie air teghojun kono bayar pulak pasal kawasan rekreasi dokek sungai tekala tu nk masuk kono bayar. Takpolah, dapek mandi sungai ni pun dah ok. Lagipun hari ahad memang gamai oghang datang kek air teghojun Sungai Tekala ni. Semalam pun dah beduyun-duyun oghang. Haghi ni toksah cakap la..

Lopeh kluar hutan tu, balik kem hilangkan ponek dgn memancing kojap. Pancing ikan guna umpan guti yo..Tapi tak berapa ong sekor pun tak dapek.Huhu..Yang lobih malang pancing ghaib ontah ke mano.. Ikan taghik masok kolam ko oghang kobeh ko tak tau la..Tinggalkan kojap poie mandi lopeh tu tengok pancing dah losap. Aiyoo…

Bebudak pulak main ‘war game’. Tak lotih agak eh bebudak nie..Den dah lotih ni ha =|
Kem ni banyak aktibiti main sambil diselit dengan motivasi belajar. Bukan apo, kekadang kito kono betulak ansur dengan pelajar. Dokek umah dah banyak kojo skulah, dengan tuisyen ee laie bagi la dioghang main kojap. Game ni pun buleh buek otak jadi cokap dan kreatif. Ibu bapa dan cecikgu tak buleh kogheh (keras) bona mendidik anak2. Samo2 lah kito bokojo samo.. Apo yg ponting kojo samo.. =)
July 21, 2010
Salam sejahtera,
Isu pemansuhan UPSR & PMR tiba2 mendapat perhatian banyak pihak. Terdapat juga banyak tulisan dan cakap-cakap yang memberikan pendapat mengenai pemansuhan 2 ujian ini di akhbar dan tak kurang juga dibincangkan melalui medium internet.
Ada yg berpendapat ianya wajar dimansuhkan dan ada pula yg kata ianya tidak wajar dimansuhkan…
Antara perkara yg ditimbulkan ialah:
1. Apakah tujuan asal UPSR dan PMR diwujudkan?
2. Tidak mahu pelajar skrg jadi ‘exam-oriented’?
3. UPSR dan PMR bukan lg kayu pengukur masa depan pelajar.
Seperti yg diketahui umum, UPSR untuk tentukan siapa yg layak ke SBP(Sekolah Berasrama Penuh) atau MRSM atau SMKA dan sebagainya.
PMR untuk tentukan aliran mana yg akan dipilih sama ada aliran sains atau sastera atau akaun dll apabila masuk ke tingkatan 4.
Dari sudut tenaga pengajar, pemeriksa kertas, guru2 pakar, bahan2 cetak, buku2 rujukan, CD pembelajaran, sistem pembelajaran online semuanya telah ada dan telah dibangunkan. Ada juga yg masih dalam proses pembangunan dan penambah baikan. Teringat ‘bilik kebal’ di sekolah yg dikatakan menyimpan kertas2 soalan UPSR / PMR.
Apa kata anda sebagai ibu bapa?
- Adakah ianya akn mengurangkan stress anak anda atau stress anda supaya tidak perlu cari duit utk bayar duit kelas tambahan?
Apa kata pelajar?
- Adakah ianya satu kelegaan buat pelajar supaya tidak perlu study hard atau kelegaan cikgu2 yg tak perlu work hard utk exam besar seperti ini?
Apa kata Cikgu?
- Adakah ianya memberi apa2 kesan dalam mengajar atau mengajar tanpa meninggalkan apa2 kesan kepada pelajar nanti?
Apa kata Penulis/Penerbit/Pencetak buku?
- Aiyaa…income semakin kulang.
Apa kata pengusaha pusat tuisyen?
- ???
Apa kata RMK11..?
- ???
Hakikatnya tiada apa yg kekal dan Maha Kekal itu hanya milik Allah. Apa jua yg dicipta oleh manusia tidak akn sesempurna ciptaan Allah swt.
July 15, 2010
Salam sejahtera, salam bahagia dan salam ceria kembali,
Kali ini saya akan memberikan pandangan mengenai kelayakan untuk menjadi Cikgu Tuisyen. Sekiranya ada para ilmuan, cikgu2, ibu bapa yg tidak bersetuju dengan pandangan saya ini, bolehla kita sama menegur atau perbaiki agar sama2 dapat mendidik anak bangsa yang berilmu.
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Begitulah ungkapan pantun yang pernah kita dengar. Sekarang ini ramai orang yang mempunyai ijazah dan Master dan tak kurang juga PhD. Persoalan yg timbul dalam fikiran sy ialah berapa ramai mereka yg mempunyai Master atau PhD sanggup menjadikan Cikgu Tuisyen sebagai kerjaya mereka?
Cikgu tuisyen, guru tuisyen, tutor atau apa jua gelaran yg diberikan adalah kerjaya sendiri yg tidak bermajikan.
Seorang ibu tidak perlu mempunyai PhD atau Master untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan berguna. Seorang bapa tidak perlu belajar hingga ke Mesir untuk membentuk sebuah keluarga yang sejahtera. Adalah satu bonus bagi mereka yang sampai ke tahap itu. Ibu juga adalah seorang pendidik di rumah. Jika dahulu seorang ibu atau bapa yang tidak berpelajran tinggi dan tidak menghantar anak mereka ke pusat tuisyen mampu menjadikan anak mereka seorang doktor, jurutera dan pelbagai lagi.
Apakah pula kelayakan untuk menjadi Cikgu Tuisyen..??
Nabi pernah berkata, “serahkan kepada yg ahli.” Sesuatu kerja atau tugas perlulah diberikan kepada mereka yang pandai, mereka yang mengetahui dan mereka yang mempunyai ilmu dalam bidang tersebut. Jika kita pandai hingga tahap SPM, adakah kita tidak boleh mengajar adik2 yg baru belajar untuk membaca dan mengira?
Janganlah terlalu pentingkan kelayakan ijazah atau Master atau PhD untuk melaykkan seseorang menjadi pendidik. Wasalam
“Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: “Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hambanya yang beriman.” [An-Naml, 15]
May 29, 2010
Salam sejahtera salam bahagia salam ceria,
Jika soalan ini ditanya kepada saya, saya akan menjawab YA! Cikgu Tuisyen juga merupakan satu kerjaya. Jika cikgu yang mengajar di sekolah dikatakan satu kerjaya, mengapa tidak cikgu yang mengajar tuisyen. Samalah juga dengan pembantu rumah yg bekerja di rumah majikan dianggap satu kerjaya.
Menurut Kamus Dewan edisi ke-empat, maksud kerjaya ialah:
1. Perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan.
2. Profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah.
Adalah satu pekerjaan yang murni mendidik anak watan menjadi insan berilmu dan berguna. Jika ianya memberikan sumber yang halal mengapa perlu diragui.?
Tepuk dada tanyalah diri jika anda ingin menjadi cikgu walaupun denganĀ hanya menjadi cikgu tuisyen.
Apakah kelayakan untuk menjadi cikgu tuisyen? Tunggu jawapannya dari sudut pandangan saya selepas ini..
Sekian dahulu daripada saya. Wassalam
“Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: “Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?” Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi Allah.” Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.” [Ali-Imran, 37]